PEDOMAN

Kalau mandi rasa tak basah boleh cuba mandi dua kali.

Peneraju Utama

Ini adalah bahagian Dewan Kemasyhuran halaman Dua Kali. Hall of Fame la.

  • Sarah Arif

    Peneraju Kanan

    Apa tengok(2x), ada hutang ke? Aku ada saka merah tau.

  • Rasydan Nazri

    Pengarah Tengah

    Biar nampak bergaya, hati kering asalkan tak main tik tok.

  • Rasydan Rasyid

    Abang IP

    Pisang emas di bawa belayar, masak sebiji , di atas peti. pishang...

Goyang Kaki

Marilah bergoyang... marilah bergoyang.. marilah bergoyang.. sampai habis.

Makan

Kepuasan 89%
Kejituan 65%
Keberhasilan 95%

Tidur

Kepuasan 67%
Ketenangan 91%
Kesedaran 52%

Ulang

Kebarangkalian 92%
Kekurangan 65%
Kebosanan 84%

PENCAPAIAN

Dengan hanya makan, tidur, dan ulang hanya orang kaya ternyata kaya. Percayalah...

25

MEDIA SOSIAL

2053

JARINGAN KOMUNITI

7

MINUMAN KAFEIN

41

PELANGGAN YOUTUBE

CINTA & KASIH SAYANG

Manusia lahir atas dasar cinta, terus disuburkan dengan kasih sayang.

PENERBITAN

Manusia tiada yang sempurna selain hanya kejelekan.

  • Sepahtu Reunion Live 2020



    Episod 6


    Episod 7


    Episod 8


    Episod 9


    Episod 10


    Episod 11


    Episod 12


    Episod 13


    Episod 14


    Episod 15

  • Pelayan Sendiri di Rumah

    Hai semua, apa khabar? Masihkah kau berpuasa? Hari ini sudah menghampiri hari terakhir dalam bulan Ramadhan. Tahun ini tidak begitu meriah untuk menyambut Hari Raya Aidil Fitri dek kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Perdana Menteri sudah pun sudah mengeluarkan kenyataan melarang pulang ke kampung halaman untuk menyambut Hari Raya bersama keluarga tercinta. Namun larangan ini adalah untuk kebaikan bersama. Marilah kita mematuhi agar dapat mengekang penularan wabak Covid-19.


    Hari ini aku nak berkongsi cara memasang server (pelayan) sendiri di rumah. Biar betul nak pasang server sendiri! Kena pasang air-contitioner (pendingin hawa)(A/C) lah gamaknya. Kena ada rak pelayan lah bukan? Internet 1Gbps mana nak dapat? Berapa banyak wayar nak cucuk kepada router (penghala)?

        Tenang. Jangan berasa tertekan. Persoalan yang bermain di minda anda itu hanyalah mainan syaitan. Anda hanya mahu memasang server untuk sebuah laman web. Bukannya untuk menyimpan beratus-ratus terabyte data sebuah syarikat di rumah anda. Untuk memasang pelayan untuk sebuah laman sesawang seperti Blogger tidak memerlukan ruang data yang amat besar. Lihatlah kepada akaun Blogger anda hanya menggunakan berapa peratus sahaja daripada jumlah data 15GB yang Google sediakan untuk anda.

        Apa yang anda perlukan ialah sebuah komputer dan sambungan ke internet. Sudah cukup. Pelayan anda akan dipasang secara maya melalui perisian dalam komputer anda. Komputer lama juga mampu menjadi sebuah pelayan untuk anda asalkan masih boleh berfungsi. Satu kaedah yang boleh gunakan ialah  pasangkan Operating System (Sistem Operasi)(OS) Linux pada komputer anda. Tapi anda perlu mengetahui Linux yang dipasang menggunakan dasar yang mana. Ubuntu dan CentOS menggunakan dasar yang berbeza, maka cara memasang perisian antara kedua-duanya adalah berbeza.


        Semasa aku memasang perisian, aku banyak rujuk kepada tutorial di YouTube dan forum. Lebih mudah jika anda mempunyai lebih daripada satu komputer untuk membuat aturan dalam sistem anda. Bagi kes aku, aku hanya menggunakan telefon untuk mendapatkan akses kepada tutorial memandangkan komputer aku digunakan untuk memasang perisian pelayan. Komputer aku adalah komputer kompak yang lama, tidak mampu untuk menggunakan virtual OS (sistem operasi maya). Aku sebelum ini telah memasang OS Kali Linux pada komputer aku. Jadi aku terus memanfaatkan sebaiknya Kali Linux yang aku telah pasang. Untuk pengetahuan anda Kali Linux menggunakan dasar yang sama dengan Ubuntu iaitu Debian. Jadi, panduan untuk memasang perisian  perlulah dirujuk kepada yang memasang perisian dasar Debian.

    Kenapa pentingnya anda mengetahui dasar OS anda?

    Ini adalah penting kerana OS dengan dasar Debian menyimpan alamat home (rumah) di tempat yang lain daripada OS dengan dasar Red Hat. Sebahagian daripada pengguna Linux menggunakan CentOS dengan dasar Red Hat. Namun lebih ramai yang menggunakan Ubuntu kerana lebih mesra pengguna dan mudah untuk mendapat akses kepada panduan pengguna.


        Langkah pertama: Aku boot (but) komputer aku kepada OS Kali. Untuk proses ini, aku hanya menukar hard drive (cakera pemacu) yang telah aku simpan OS Kali di dalamnya dalam komputer aku. Boleh pilih dua cara. Pertama: gunakan cakera keras sebagai external hard disk (cakera keras luaran). Aku hanya beli casing (selongsong) untuk cakera pemacu dan boleh digunakan sebagai cakera keras luaran. Untuk maklumat anda, aku keluarkan cakera pemacu daripada komputer riba untuk proses ini. Cakera pemacu untuk komputer riba adalah lebih kecil saiznya daripada yang biasa digunakan untuk komputer meja. Kedua: anda boleh terus pasang cakera pemasu kepada sambungan SATA dalam komputer. Untuk ini, seeloknya anda cabut hard disk asal daripada komputer supaya mudah untuk membuat pilihan semasa but nanti.

        Sila masuk kepada akaun root (akar) anda supaya senang untuk memasang perisian apache, mysql dan php nanti. Aku biasa gunakan akaun akar sebab banyak tutorial yang gunakan akar. Untuk gunakan akaun lain agak leceh untuk mendapatkan kebenaran akar untuk membuat perubahan dalam sistem komputer.

        Terus anda boleh pasang Apache menggunakan Terminal. Aku malas nak share ayat untuk pasang. Yang terbaru cara pasang apache ialah dengan memasang apache2. Mudah sahaja untuk pasang perisian ini. Hanya ikut langkah-langkah dalam tutorial satu per satu. Kalau ada kesilapan mungkin anda perlu menukar direktori supaya anda boleh melakukan [sudo -update] dengan jayanya. Dah pasang Apache, anda pergilah kepada direktori home anda. Biasanya disimpan di sini [/var/www/html]. Dalam folder itu adanya fail [home.html] yang menjadi alamat kembali bagi laman sesawang anda nanti. Anda boleh mengubah isi dalam fail ini mengikut kesesuaian. Bagi aku yang tidak pandai membaca bahasa HTML, aku hanya muat turun templat percuma yang tersedia dalam alam maya.

        Setelah siap pasang Apache anda sudah boleh cuba untuk melihat laman web anda dengan menaip [http://localhost:80] di baris alamat pelayar sesawang anda menggunakan komputer yang sama. Buat masa ini anda belum lagi boleh memancarkan laman sesawang anda kepada internet. Aku akan buat isian yang lain untuk membuat aturan supaya laman sesawang anda tersedia di internet. Nikmati dahulu layari laman sesawang anda yang anda pancarkan dalam komputer yang sama. Sementara itu anda bolehlah mencantikkan laman sesawang anda dengan hiasan langsir, renda dan permaidani yang lawa dahulu.

        Sebelum terlupa, pasangkan mysql dan juga php untuk ciri-ciri yang lebih baik untuk melayari laman sesawang anda. Aku pun masih belajar untuk menggunakan kedua-dua perisian ini. HTML pun masih banyak yang aku perlu belajar. Jom, sama-sama kita belajarya.


    Aku pun dah penat ni. Lain kali pulak aku sambung ya. Puasa, jangan tak puasa. Malam jangan lupa Teraweh. Tak boleh berjemaah di masjid tidak mengapa, boleh buat di rumah. Gerak lu...

    Jangan lupa komen di bawah. Kongsi kepada kawan-kawan.
  • Nama Domain Sendiri

    Apa khabar para pembaca sekalian? Hari ini masih lagi dalam bulan Ramadhan yang penuh barakah. Banyaknya amalan pada penghujung sepuluh malam terakhir Ramadhan ini. Aku masih mencuba untuk menghafal surah al-Kahfi kerana aku yakin ada kekuatan yang aneh dalam surah ini. Surah ini menceritakan kisah yang bersejarah dalam kamus kehidupan manusia tentang beberapa orang pemuda yang ditidurkan selama tiga abad dalam sebuah gua. Sungguh menarik kisah ini untuk dipelajari.

    Sambungkan DNS ke Laman Sesawang Anda


    Hari ini aku nak berkongsi kaedah yang telah aku gunakan untuk menyambungkan laman sesawang aku dengan nama domain yang telah aku beli. Jika anda telah baca isian yang lepas, aku sudah menyebut nama domain yang aku beli daripada 1&1 IONOS dan GoDaddy dengan nama domain masing-masing the2kali.net dan the2kali.com sejak tahun 2019. Maaf kerana the2kali.com sudah menjadi kenangan bagi aku pada tahun ini kerana aku tidak mampu untuk memperbaharui langganan. Bagi maklumat anda, pendaftar domain biasanya akan memberikan harga yang murah untuk langganan tahun pertama, tapi harganya lebih mahal untuk memperbaharui langganan pada tahun berikutnya. Aku pun masih mempelajari kenapa dibuat sebegitu rupa model perniagaan nama domain ini.


    Terus, jika anda sudah membeli sebuah nama domain tidak kiralah dari mana sekalipun, Exabytes, Shinjiru, DomainPlus, WebServer, 1&1 IONOS, GoDaddy, atau mana-mana pendaftar sekalipun prosesnya sama untuk anda ikuti. Tapi, aku nak kongsi yang pernah aku beli daripada 1&1 IONOS dan GoDaddy, cara untuk tetapkan Domain Name System (Sistem Nama Domain)(DNS) supaya laman web anda tersedia hanya menaip nama domain anda pada baris Uniform Resource Locator (Pencari Sumber Seragam)(URL) di pelayar jaringan. Proses ini memang agak rumit pada awalnya, namun setelah mengulanginya beberapa kali, anda akan terbiasa menggunakan segala frasa dan nombor di halaman tetapan DNS itu.

    Cara yang aku gunakan ialah menyambungkan nama domain aku dengan halaman aku di Blogger daripada Google. Satu sebab aku gunakan Blogger adalah 'percuma'. Sebelum ini aku pernah berhajat untuk menukar nama domain di Blogger namun aku mati akal dengan ciri-ciri pada halaman tetapannya untuk menetapkan nama domain sendiri. Yang Blogger sediakan ialah nama sub-domain dengan percuma contoh domain aku ialah thefiftynine.blogspot.com semasa mula-mula aku membuat blog seingat aku pada tahun 2011. Semua 23 huruf yang ada pada nama domain itu nampak menjengkelkan. Bak kata orang Indonesia 'jelek banget, go blog'. Sebenarnya bagi aku blogging ini adalah sesuatu yang leceh. Kalau anda memang berminat dengan perkara yang rumit dan mampu memerah otak sehingga keluar santannya, silakan. Setakat ini aku masih belum dapat perah otak sampai keluar santan lagi. Silalah cuba ya.


    Setelah aku membelek tetapan dalam Blogger dan meng'google' cara nak tukar nama domain [.blogspot.com] kepada nama domain sendiri, barulah aku tahu bahawa itu bukanlah percuma. Bagi aku janganlah sampai perlu keluarkan duit untuk buat blog ini sebab aku tahu nak istiqomah itu bukanlah mudah. Lagipun aku ini bukanlah jenis yang rajin. Kajian aku itupun setelah hampir sedekad baru beroleh hasilnya. Pada tahun ini walaupun dunia dilanda bencana wabak Covid-19, rakyat Malaysia diperintahkan mengawal pergerakan. Tidak boleh keluar rumah sesuka hati walaupun untuk tujuan bekerja ataupun berniaga. Jadi, aku dapatlah gunakan waktu sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini untuk menyambung projek membina laman sesawang.

    Mengatur Sistem Nama Domain (DNS)


    Mari kita mulakan dengan tetapan DNS. Untuk membiasakan diri dengan DNS, anda perlu mengetahui beberapa parameter yang ada untuk diisi. Semua parameter ini perlu diisi dengan tepat supaya tetapan itu sampai kepada laman web anda. Kalau salah sampai ke laman web yang salah, anda juga yang akan susah kemudiannya. Sebaiknya tetapan ini dibuat tepat pada kali pertama kerana ada pendaftar yang memerlukan masa untuk mengaktifkan tetapan yang dibuat. Jadi anda perlukan masa untuk melihat setiap perubahan kepada setiap parameter yang anda ubah. Jika anda buat menjadi pada kali pertama, anda memang hebat. Aku percaya walau anda belajar dalam kelas komputer sekali pun sukar untuk menjadi walau diajar satu per satu. Aku yakin semasa dalam kelas komputer bukan semua yang ikut apa yang diajar, malah berdota dalam kelas pun ada. Hebat pula kalau dalam permainan video.

    Parameter yang digunakan dalam DNS ialah A, AAAA, CNAME dan TXT bagi yang dasar. ada banyak lagi parameter yang aku tak tahu kegunaannya. Empat parameter di atas adalah yang biasa aku gunakan dan bagi aku sudah mencukupi. Parameter ini semuanya disusun pada lajur paling kiri dengan identitifikasi type (jenis). Setiap parameter ini perlu diisikan dengan nilai pada lajur kedua dan lajur ketiga. Lajur kedua adalah untuk nilai Name (Nama), Label (Label) atau Host (Perumah). Lajur ketiga adalah untuk nilai Destination (Destinasi), Target (Sasaran) atau Points To (Tuju Kepada).

    Ini adalah contoh aturan DNS aku untuk sambungkan ke the2kali.net.
    *Jenis MX digunakan untuk tetapan emel.

    Parameter [A]

    Digunakan untuk mengarah kepada alamat IP jenis IPv4. Pilih jenis A, kemudian bagi perumah anda perlu masukkan nama domain atau nama domain beserta nama sub-domain. Contohnya [the2kali.net], [www.the2kali.net]. Dalam aturan ini sudah disediakan aturan mudah dengan hanya mengisi [@] yang merujuk kepada nama domain [the2kali.net] atau hanya isikan [www] untuk merujuk kepada [www.the2kali.net]. Sub-domain [www.the2kali.net] sudah tersedia secara automatik, jika ingin menambah sub-domain lain boleh pergi kepada aturan sub-domain. Aku sudah menambah sub-domain [cdan.the2kali.net]. Untuk mengubah arah [cdan.the2kali.net] aku hanya perlu isikan [cdan] dalam aturan DNS ini. Pada lajur ketiga pula masukkan IPv4 yang hendak dituju. Untuk Blogger aku perlu gunakan empat alamat IP Google iaitu [216.239.32.21], [216.239.34.21], [216.239.36.21], dan [216.239.38.21]. Semua alamat IP ini aku perlu buat masukan secara berasingan, jadi aku buat empat masukan untuk empat alamat IP Google.

    Parameter [AAAA]

    Digunakan untuk mengatur IPv6. Cara aturannya sama seperti parameter [A] cuma destinasinya perlu diisi dengan alamat IPv6. IPv6 membawa data sebanyak 128 bit setiap satu alamat. Contoh alamat IPv6 ialah [2001:0db8:83a3:08d3::0380:7344]. Aku pun masih belajar tentang IP address. Tak dapat nak bercerita panjang. Ini pun aku rasa memadai untuk menaip.

    Parameter [CNAME]

    Untuk CNAME anda gunakan untuk mengarah kepada nama domain yang lain. Contohnya aku nak mengarahkan [cdan.the2kali.net] ke [ghs.google.com]. Aku akan masukkan [cdan] pada lajur kedua, [ghs.google.com] pada lajur ketiga. Ini adalah cara lain untuk sambungkan ke blogger tanpa masukkan empat alamat IPv4 pada parameter [A]. Aku perlu buat masukan salah satu daripada [CNAME] atau [A]. Amaran kesilapan akan keluar jika aku masukkan kedua-duanya.

    Parameter [TXT]

    Parameter ini adalah untuk memasukkan peraturan dalam DNS. Ianya adalah lebih kepada untuk penandaan. Sebagai contoh jika Blogger tidak dapat mengesahkan DNS yang aku aturkan dalam 1&1 IONOS, Blogger akan mencadangkan untuk aku masukkan nilai dalam parameter [TXT]. Parameter ini bebas untuk digunakan walaupun anda hanya masukkan nilai [0] pada lajur kedua dan lajur ketiga.

    Siap! anda perlu menunggu selama sejam untuk Blogger mengubah nama domain anda. Itulah sebabnya aku katakan supaya mengisi dengan tepat untuk kali pertama kerana anda perlukan masa sejam untuk melihat sama ada aturan anda menjadi ataupun tidak menjadi.


    *nota: untuk tetapan https sila tandakan [NO].

    HTTPS adalah untuk sambungan selamat. Anda perlu membeli sijil untuk mendapatkan sambungan selamat ini. Sambungan selamat dapat mengelakkan data anda dicuri oleh pihak ketiga semasa pengguna laman sesawang anda melayari laman sesawang anda. Aku akan kongsikan lagi cerita HTTPS ini pada lain kali. Sekian dulu untuk kali ini, sehingga berjumpa lagi.

    Jangan lupa komen di bawah ya.
  • Internet Selaju Cahaya

    Apa khabar semua? Hari ini sehari selepas Hari Telekomunikasi dan Masyarakat Berinformasi Sedunia. Aku pun baru tahu selepas mendapat pesanan ringkas di telefon daripada Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) lewat petang semalam. Mungkin lepas ini aku boleh mengkaji sejarah kewujudan tarikh 17 Mei untuk memperingati apa, siapa dan di mana?

        Baiklah hari ini aku mahu bercerita satu topic yang menarik yang membolehkan anda melayari sesuatu laman web di internet. Bagi kita, teermasuk aku rakyat marhaen ini tidak kisah pun tentang bagaimana sebuah komputer ataupun smart phone (telefon pintar) yang mempunyai web browser (pelayar jaringan) boleh mendapatkan akses kepada sesebuah laman sesawang. Apa yang terjadi di belakang tabir sebuah pelayar itu?


        Sebuah komputer membaca nombor, bukan seperti yang kita nampak pada paparan skrin yang mempunyai pelbagai gambar, tulisan dan gambar. Semua itu telah diterjemahkan oleh orang yang bekerja dalam komputer atau gajet anda. Cuba bayangkan gajet anda adalah sebuah kilang, dalamnya ada ramai pekerja yang membuat pelbagai tugas untuk melancarkan operasi setiap aplikasi yang anda telah pasang dalam gajet itu. Satu aplikasi itu adalah ibarat satu jabatan dalam kilang itu. Bayangkan berapa banyak pejabat untuk disediakan bagi semua puluhan aplikasi yang anda pasang dalam gajet anda. Semua pekerja ini perlu berkomunikasi antara satu dengan yang lain. Kalau manusia mempunyai bahasa untuk bercakap, namun dalam sistem komputer menggunakan bit atau byte untuk berkomunikasi sesama sendiri.

    cucuk tu biar betul

    Pelayan Pengurai kepada Domain Tahap Atas


        Kita ambil satu contoh aplikasi pelayar sesawang memohon akses kepada sebuah laman web contohnya facebook.com kepada orang atasnya. Orang atasnya ialah resolver server (pelayan pengurai) atau lebih dikenali dengan Internet Service Provider (Pembekal Servis Internet) (ISP) sama ada anda menggunakan Wi-Fi atau mobile internet (internet boleh gerak). Setiap komputer atau alat komunikasi mempunyai sebuah alamat yang dikenali sebagai Internet Protocol (Protokol Internet)(IP) yang akan membolehkan sesuatu bahan atau data itu dihantar dari satu tempat ke tempat yang lain. ISP akan membuat carian dalam jaringan kepada orang atasnya untuk mengetahui alamat IP facebook.com. Orang atasnya ialah pelayan Top-Level Domain (Domain Tahap Atas)(TLD). Pelayan TLD inilah yang menyusun semua domain yang dihujungnya seperti [.com], [.net] dan [.org].

    Domain Tahap Atas dan Pelayannama


        Dalam kes ini kita menuju kepada pelayan TLD [.com] untuk mencari alamat facebook.com. Pelayan TLD ini akan cari lagi kepada rakannya pula iaitu Nameserver (pelayannama) untuk mencari di mana alamat IP facebook.com. Bayangkan semua yang terlibat ini mempunyai alamat IP masing-masing. Aku pun dah kehilangan kira berapakan pelayan yang ada di atas tadi. Pelayannama itulah yang menyimpan alamat facebook.com. setelah mendapat alamat itu terus akan dihantar kepada ISP tadi dan dapatlah anda akses kepada facebook.com untuk memuat naik gambar makanan yang anda masak tidak menjadi itu. Sementara itu, ISP sudah menyimpan data alamat IP itu dalam cache memory kerana dia tahu esoknya anda akan masak lagi masakan dan masih tidak menjadi. Walaupun tidak menjadi anda masih mahu menunjuk-nunjuk di Facebook. Maaflah kalau terasa ya. Aku tidak ada niat untuk mengata, tapi niat aku hanyalah menaip di papan kekunci.

    meriah macam hari raya

    Anda sebenarnya tidak perasan pun semua proses ini berlaku kerana internet pada zaman kini sangat pantas dengan kemajuan teknologi fibre optic (gentian optik) yang boleh menghantar data selaju sepuluh gigabit per saat (10Gbps) yang aku pun tak tahu seberapa lajukah itu. Mungkin hampir kepada kelajuan cahaya sejauh mata memandang. Kalau anda menggunakan internet sebelum sepuluh tahun lepas mungkin anda akan menghargai proses melayari satu gambar bersaiz normal dalam internet melalui semua proses yang di atas tadi. Jadi, hargailah ciptaan manusia ini sebaiknya dengan menggunakan internet untuk perkara yang berfaedah dan memberi manfaat kepada diri sendiri, keluarga, masyarakat, bangsa dan negara.

    Sampai sini dulu untuk entri kali ini. Mudah-mudahan anda dapat memahami bagaimana anda melayari sebuah laman sesawang. Akan datang aku akan kongsikan bagaimana untuk sambungkan Domain Name System (Sistem Nama Domain) daripada pendaftar nama domain kepada laman sesawang yang anda sudah bina. Isian kali ini memberikan sedikit idea kepada anda supaya tidak terkejut nanti bagaimana sambungan kepada laman web itu terjadi. Terima kasih kerana sudi singgah di sini, sehingga berjumpa lagi.

    Jangan lupa komen di bawah.
  • Bagaimana Nak Daftar Nama Domain

    Tahun 2020 adalah tahun kedua the2kali menjadi domain untuk  laman sesawang yang aku bina. Untuk mengetahui bagimana wujudnya nama the2kali tunggu pada isian yang lain, mungkin. Pada tahun lepas, 2019 the2kali menggunakan domain the2kali.com sebagai titik mula untuk aku mempelajari bagaimana untuk membuat sebuah laman sesawang jadi kenyataan. Pada fikiran aku waktu itu ialah memiliki sebuah nama domain yang telah didaftarkan sudah mencukupi untuk membina sebuah laman sesawang sendiri. Namun jangkaan aku meleset.

        Setelah memiliki sebuah nama domain yang telah didaftarkan, aku perlu membina satu platform (pelantar) untuk menyimpan segala data dalam laman sesawang yang bakal aku bina. Pelantar itu dipanggil host (perumah), atau kaedah digunakan untuk membuat pelantar itu ialah hosting (pengacaraan). Nama domain mungkin boleh didapati dengan harga yang murah, tetapi untuk mendapatkan sebuah perumah harganya agak mahal. Nama domain biasanya dilanggan untuk pendaftaran selama setahun, bagi perumah akan dibilkan secara bulanan. Mungkin itu adalah helah pendaftar untuk mengelirukan pelanggan kerana harga langganan perumah sebulan lebih kurang dengan harga langganan nama domain setahun, kadang-kadang boleh jadi jauh lebih tinggi.Oleh itu, hati-hati semasa membuat urusan jual beli daripada pendaftar ini.


        Kebiasaannya domain name registrar (pendaftar nama domain) akan menyediakan perumah untuk pelanggan mereka. Bagi tujuan promosi mereka memberikan sebulan percuma untuk menggunakan perumah kepada pelanggan yang membeli nama domain kali pertama. Ada juga yang memberi perumah percuma dengan ciri-ciri yang terhad bergantung kepada cara pendaftar mempromosikan produk mereka. Ada juga yang menyediakan pakej nama domain bersama dengan perumah. Pakej ini amat berbaloi kepada anda yang mempunyai modal lebih untuk dilaburkan kepada sebuah laman web. Aku tiada pengalaman menggunakan pakej ini memandangkan aku baru belajar dan modal pun tidaklah banyak.

        Mari berbincang tentang harga sebuah domain. Nama domain ini adalah bebas terdiri daripada frasa yang terbentuk daripada huruf dan nombor yang bersambung tanpa diselangi oleh apa-apa tanda baca atau sengkangan. Selepas frasa itu ditutup dengan dot (titik) dan diikuti dengan top-level domain (domain tahap atas) (TLD) seperti [com] atau [net] yang malar di world wide web (jaringan dunia luas)(www). Namun, banyak lagi domain tahap atas yang pelanggan boleh pilih daripada pendaftar nama domain. Di Malaysia pun ada beberapa syarikat yang membuat servis mendaftar nama domain. Anda boleh lihat di laman sesawang MYNIC untuk maklumat selebihnya. Sesebuah nama domain mempunyai nilai tersendiri bergantung kepada populariti dan ketersampaian melalui Search Engine Optimization (Pelancaran Enjin Carian) (SEO).

    the2kali.net

        Paling murah yang aku beli domain untuk tahun ini ialah dengan harga USD 0.80 daripada 1&1 IONOS. Anda baca dengan betul Ya, hanya 80 sen USD untuk sebuah nama domain, tapi digenapkan  kepada $1 semasa aku buat pembayaran lebih kuran RM 4.00. Harga ini amat berbaloi bagi aku untuk mendapatkan nama domain the2kali.net selama setahun. Lebih menarik aku tidak perlu membayar lebih untuk privasi nama domain supaya nombor telefon dan alamat emel pendaftaran aku tidak didedahkan. Tambahan aku mendapat satu akaun emel percuma dengan menggunakan nama domain the2kali.net ditambah pula dengan email forwarding (emel kehadapan) tanpa had. Ada lagi, subdomain juga diberikan percuma tanpa had. Subdomain ialah frasa sebelum nama domain seperti [www]. Frasa subdomain ini sama juga seperti nama domain terdiri daripada nombor dan huruf.

    the2kali.com

        Berbanding dengan tahun lepas aku membeli nama domain daripada GoDaddy dengan harga domain USD 7.00 kalau ditukarkan kepada matawang Malaysia ialah RM 28.00 membuatkan aku berfikir dua, tiga kali untuk membelanjakan wang hanya untuk seketul nama domain. Namun aku tekad untuk belajar membina sebuah laman sesawang dan beli juga nama domain the2kali.com. Itupun setelah bulan pertama aku bekerja di SMJ Teratai Cyberjaya. Itulah hasil gaji pertama aku di SMJ Teratai. Nama domain the2kali pun rakan sekerja yang cadangkan. Daripada harga itu aku perlu bayar lagi untuk pendaftaran dengan ICANN dan juga privasi nama domain. Jumlah keseluruhan aku bayar pada masa itu ialah RM 43.98. Lagi sekali aku tepuk dahi. Hampeh betul. Caj tersembunyi seperti inilah yang menyebabkan pelanggan tawar hati dengan sesuatu perkhidmatan. Memandangkan ini kali pertama aku membeli domain, aku kurang maklumat tentang perkhidmatan emel, emel kehadapan, subdomain dan juga perumah. Mungkin aku akan huraikan pada masa yang lain atau aku beli sekali lagi domain daripada GoDaddy untuk mengkaji ciri-ciri istimewa yang disediakan.

        Bagi anda yang baru berjinak-jinak untuk membina laman sesawang sendiri boleh la mencuba dengan membeli sebuah domain. Lain kali aku akan kongsikan bagaimana untuk sambungkan nama domain kepada sebuah laman sesawang. Aku bercerita ini adalah hanya daripada pengalaman sendiri. Maklumlah aku tidak berpeluang untuk sambung pengajian dalam bidang Teknologi Informasi di peringkat yang selayaknya. Namun aku berusaha untuk menkaji dan mempelajari sendiri sedikit demi sedikit. Harap kalau ada yang pakar mohon betulkan mana yang salah sebab saya juga manusia yang hina dina tidak terlepas daripada melakukan kesalahan, kesilapan dan dosa. Mohon diampun ya.

    TUNGGAK KEJAYAAN

    Kejayaan manusia adalah yang beriman dan beramal soleh, taat pada perintah Ilahi.

    MARI BERHUBUNG

    Kami sedia membantu setiap insan dalam kesusahan. Hubungi kami dengan cara anda.

    Dua Kali

    Pada tahun 2020 wabak Covid 19 menular dan menyerang sesiapa sahaja. Sentiasa berwaspada dan amalkan gaya hidup sihat.

    Di Malaysia, kerajaan telah menjalankan langkah pencegahan dengan menguatkuasakan perintah kawalan pergerakan secara berperingkat. Kesannya sangat positif.