Tak Kenal Maka Tak Cinta
Sesi Suai Kenal
Aku memang suka buat sesuatu yang jarang orang lain buat. Salah satu benda yang aku buat ni, website aku sendiri. Aku bukan nak tunjuk yang aku boleh buat, tapi aku nak try what I am capable of doing. So, maksudnya aku macam budak budak remaja la yang suka mencuba sesuatu yang baru.
![]() |
Cuba teka gambar ni di mana |
Dulu time aku kena kick daripada universiti, aku berhajat nak masuk balik universiti walaupun ambik jurusan lain daripada jurusan yang aku tak lepas nak habiskan tu. Aku dulu belajar jurusan kejuruteraan. Sempat merasa kehidupan di universiti sekejap. Budak Engineering KOE. Jangan tanya la tu apa dia. Nanti kantoi la universiti mana aku belajar dulu. Tapi memang universiti life kalau tak betul betul belajar memang akan kecundang. Budak budak freshie ni ambik nasihat aku ni. Kalau yang dari SBP ke, MRSM ke, SMKA ke jangan leka sangat bila dah masuk alam universiti yang bebas nak ke mana nak buat apa.
Memang
zaman sekolah ada cikgu yang suruh belajar. Kalau tinggal di asrama, selepas waktu sekolah ada prep. Atau nama penuh dia preparation kot. Dulu aku panggil prep je. Tak pernah pulak tanya nama penuh prep tu apa. Kalau nak panggil panjang sikit pun panggil kelas prep. Itu sajalah yang aku tahu. Masa prep ni ada warden jaga. Selalu round setiap kelas nak pastikan semua pelajar buat ulangkaji atau menyiapkan kerja rumah (walaupun di sekolah) yang diberikan. Waktu prep bukan waktu untuk tidur atau merendek. Tau ke apa tu merendek?
Budak sekolah harian pun sama juga. Walaupun lebih bebas daripada budak budak sekolah berasrama, masih dalam perhatian ibu dan ayah. Kalau yang jenis memang degil dan kutu rayau atau kacang hantu memang tak tau nak kata apalah. Dah memang perangai macam tu. Tapi kalau yang dah biasa bebas duduk di rumah dengan keluarga ni mesti selalu balik kampung kalau dah merantau belajar jauh dari keluarga. Selalu mereka punyai ramai kawan di kampung. Kalau balik kampung pun masih tak lekat di rumah. Masih lagi ke sana ke sini ke sana ke sini ke sana ke sini ke sana ke sini ke sana ke sini ke sana ke sini walaupun dalam perintah PKP ni.
Dah la tu. Aku mengarut banyak dah ni. Bosan la. Lain kali la kita sambung Sesi suai kenal ni ye. Jangan lupa subscribe, like dan share. Eh, Ada ke butang tu?
0 komen:
Catat Ulasan