• Misi DUAKALI

    Dalam hidup seseorang manusia mesti ada pegangan yang sentiasa diingat dan tidak mudah dilepaskan. Setelah kelahiran seorang bayi ke dunia, ibu bapa telah membuatkan tanda yang kekal untuk anak itu hingga ke akhir hayatnya malah selepas kematiaanya masih mempunyai tanda. Tanda itu ialah nama.

        Nama yang ibu dan ayah kepada bayi itu berikan mestilah daripada ilham yang dikurniakan kepada mereka, mengikut gerak hati suci dan nurani. Tiada ibu bapa yang mahukan keburukan pada anaknya, pasti setiap ibu bapa mahukan yang terbaik bagi zuriat yang bakal memanjangkan keturunan mereka.

        Berbalik kepada misi 2x yang diilhamkan kepada pengasas untuk membuat satu platform digital mempamerkan keindahan ciptaan tuhan yang sering dilupakan oleh manusia sejagat. Platform digital ini ialah sebuah laman sesawang yang dibina daripada kosong kepada sebuah halaman interaksi yang boleh menyampaikan banyak maklumat penting kepada orang ramai. Namun, banyak masa yang diperlukan untuk membangunkan sebuah laman sesawang memandangkan penulis yang berdaftar sendiri adalah pembangun segala aturan dalam laman sesawang ini.

        DuaKali
      akan terus dibangunkan mengikut kriteria asal dengan motto Simple, Style, Steady yang telah dilancarkan oleh penulis blog peribadi yang juga menulis blog ini. Dua kali percaya kepada kegagalan adalah satu batu loncatan kerana satu kegagalan adalah satu ilmu baru untuk seseorang kerana kegagalan mampu mengubah diri untuk mengelakkan daripada mengulangi kesalahan yang sama. Ibarat pisang yang diketahui umum tidak pernah berbuah selepas kali pertama. 'Jangan sampai pisang berbuah dua kali'.

        DuaKali 
        juga percaya bahawa manusia tidak terlepas daripada melakukan kesilapan dan setiap manusia harus mempunyai peluang kedua. Peluang kedua bukan bermakna peluang akan terbuka tanpa had. Dua kali tegas dengan hanya dua kali sahaja mencuba sudah memadai. Cukup pembelajaran manusia pada peluang kedua. Jika lebih daripada dua kali hanya akan merosakkan diri manusia. Kita boleh melihat kepada undang-undang jalanraya sebagai contoh yang memberi hukuman berbeza kepada kesalahan yang berulang.


    Simple, Style, Steady

    DuaKali mengambil motto daripada tiga perkataan bahasa Inggeris yang menjadi panduan dan etika dalam gerak kerja DuaKali pada setiap masa.

    1. .. Simple bermaksud ringkas. DuaKali melakukan kerja dengan ringkas supaya mudah difahami, pantas dan menjimatkan.
    2. .. Style bermaksud bergaya. DuaKali mempunyai gayanya tersendiri indah dipandang mata dan menjadi inspirasi kepada pelawat.
    3. .. Steady bermaksud bersahaja. DuaKali meninggalkan perkara remeh yang membebankan fikiran untuk dihadam.

    Dengan motto tersebut DuaKali yakin bahan yang tersedia daripada DuaKali adalah bahan yang simple yang mudah dihadam oleh pelanggan dan tidak memeningkan kepala. Simple juga akan memudahkan gerak kerja DuaKali dalam menyampaikan pesanan. Bahan DuaKali adalah bahan yang bergaya dengan sentuhan seni tersendiri oleh penyampai. Style yang sama mungkin tidak dapat dilihat dua kali kerana ianya akan berbeza tapi kalau terjadi dua kali juga adalah kerana unsur itu memang telah wujud dari awal. DuaKali akan sentiasa steady dan tidak mudah melatah. DuaKali bersedia dengan dua kemungkinan. Pertama: disambut meriah dan disukai, kedua: hambar dan disisihkan. Elemen steady membuatkan DuaKali sentiasa berdiri.
  • 0 komen:

    Catat Ulasan